POLI Bloggerz

Adik Chumill & Abg Encem

Wednesday, 3 July 2013

Perkara Yang Perlu Tahu Dalam Menggunakan Churp - Churp !!

(Diharapkan korang baca dengan teliti ya?)
 Okeyy , bagi newbie yang belum tahu apa itu churp - churp boleh KLIK SINI CEPAT !!

Okey . Sekarang pula ? Apa yang Enon nak ketengahkan kali ini , mengenai perkara yang perlu korang BERIKAN SEPENUH PERHATIAN dalam menggunakan Churp - Churp . Korang jangan ingat Churp - churp ni mudah untuk kita dapat earning yang banyak .. Memang susah . Kalau korang ni jenis yang aktif untuk mengiklan dan seorang yang tidak mudah berputus asa , insyaAllah Lyssa jamih ! Dari hari ke hari earning korang akan meningkat . 

Macam Enon . Enon tak pernah berputus asa dan rajin mengiklan kan kempen Enon . So , korang pun kenalah buat macam tu untuk mendapatkan hasil yang lumayan . Tapi , perlu diingat . Churp - churp ni juga ada "PANTANG LARANGNYA" . Bukan setakat orang baru lepas beranak saja yang ada pantang larang tau ? hehe . Churp - churp pun ada ! :

Tersangat lah penting dan Enon harap korang baca satu persatu APA YANG BOLEH dah APA YANG TIDAK BOLEH dalam menggunakan Social Sharing Churp - Churp ini . Walaupun Social Sharing Churp - Churp ni sudah lama dan semakin diguna pakai oleh orang ramai , tetapi masih lagi ada yang tidak tahu menggukannya dengan betul dan beretika ! Korang tolong baca dan pahamkan ye ?

APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK SHARE KEMPEN/IKLAN

1. Kita boleh Share kempen kita melalui WALL FACEBOOK KITA SENDIRI !

Oke , Enon bagi contoh lah dekat bawah ni . Korang tengok cara Enon share dekat wall Facebook Enon . Mana tahu , ianya boleh dijadikan contoh pada korang kelak :
2. Kita juga boleh Share dekat FANPAGE FACEBOOK KITA SENDIRI !

Contoh seperti kat bawah . Tengok ni ,Enon share macam mana :
3. Share Kempen di TIMELINE TWITTER kita sendiri !

Korang ada Twitter tak ? Enon pasti ramai jugak yang dah ada sekarang kan ? Kalau dah ada tuh , bertuah lah , sebab korang boleh jugakk share dekat TWITTER korang sendiri . Like :
4. Korang juga boleh SHARE kempen korang di laman social yang lain . 

Contoh Social Network yang lain , Blog , Friendster , Myspace , Forum , Youtube . Dan Macam - Macam lagi lahhh :D 

APA YANG TIDAK BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK SHARE KEMPEN/IKLAN


1. Jangan sama sekali korang SPAM !!!!

Haaaaa . Benda ni lah yang selalu Enon nasihatkan dekat orang . Jangan SPAM !! Jangan SPAM !! Jangan SPAM !! Tak paham ke ? Ishk# Korang tahu ke , hape benda SPAM ni ?? Memang teruk padahnya , kalau korang suka sangat SPAM link yang korang nak orang lain Klik tuhh . Memangg teruk ! Okeyy , Enon bagi contoh lah , apa benda SPAM ni :
Ok . Jangan sesekali , korang buat macam ni  . Maksud Enon . Korang TIDAK BOLEH share link kempen korang tu , di FACEBOOK ORANG LAIN , di GROUP DI FACEBOOK , di FANPAGE ORANG LAIN , di TWITTER ORANG LAIN , di FORUM dan sebagainya ... 

Tolong lah jadi Chuppers yang bertanggungjawab . Okey ? Nak tahu tak , apa akibatnya kalau korang SPAM LINK korang tuu ? Kalau korang nak tahu , bila korang buat macam itu , earning korang TIDAK akan dikreditkan masuk untuk jumlah Churp - Churp korang tu taww ? 

Paling memeritkan lagi , jika pihak churp - churp ada menerima sebarang laporan mengenai SPAM LINK , mereka akan menghantar emel amaran dekat korang . Jika korang masih berdegil dan masih buat SPAM ,Churp - Churp korang akan digantung . Makna kata , korang dah tak boleh guna Churp - Churp korang dahh . Paham tak ?

* Itu sahaja lah yang Enon nak share sedikit dekat korang . Nantikan Tips Churp - Churp yang lebih menarik  di lain entry.

Sekian :)






thanxs ! love you ;)

0 doakan cik enon kurus:

C0Pyright 2010-2011.All Right Reserved by Zainun Jisni