POLI Bloggerz

Adik Chumill & Abg Encem

Saturday, 6 July 2013

Kampung Girl di Slot Zehra TV3

Semalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! baru sahaja melabuhkan tirai di Slot Zehra TV3. Tahniah diucapkan kerana drama tersebut mencapai rating yang tinggi di kalangan penonton-penonton yang setia mengikuti drama tersebut di sepanjang drama itu bersiaran. Minggu hadapan drama Kampung Girl bakal mengisi Slot Zehra mengantikan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia! Entry kali ni, Farrah nak ajak korang selidik serba sedikit pasal drama Kampung Girl.
Ok, untuk pengetahuan korang drama ini adalah adaptasi dari novel Kampung Girl yang ditulis oleh Umi Kalsom keluaran dari Karya Seni. Drama ini akal dibintangi oleh Akim Ahmad sebagai Ashraf dan Nad Zainal sebagai Ainnur.


Drama ini mengisahkan tentang Ashraf  Khairi yang dipaksa kahwin dengan Ainnur, sepupunya oleh mummynya. Sejak kecil, Ashraf memang tidak sukakan Ainnur. Hanya cacian dan kutukan yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang rasa tercabar dengan ejekan Ashraf menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkok itu. Namun, siapa sangka, di saat tarikh pernikahan mereka semakin hampir Ainnur semakin cemas kerana ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Ainnur dari Ashraf. Tanpa diduga, Faisal muncul diantara mereka menagih cinta Ainnur namun Ainnur hanya menganggapnya sebagai abang membuatkan Ashraf cemburu. Namun disebabkan egonya yang terlalu tinggi dia cuba menafikan rasa cinta yang mula berputik di hatinya buat Ainnur. Mereka akhirnya dinikahkan dan rahsia yang tersimpan kemas selama ini terbongkar di malam pertama mereka. Ashraf berasa tertipu hingga membuatkan bencinya terhadap Ainnur bertambah. Apakah yang akan terjadi seterusnya???


Selamat Menonton !!




thanxs ! love you ;)

0 doakan cik enon kurus:

C0Pyright 2010-2011.All Right Reserved by Zainun Jisni