POLI Bloggerz

Adik Chumill & Abg Encem

Monday 7 November 2016

KILIM MANGROVE LANGKAWI

KALAU HAMPA MAI LANGKAWI , JANGAN LUPA MAI SINI. RUGI TAU TAKMAI. 
KALAU PARASAILING / ATV MUNGKIN SAMA DENGAN TEMPAT LAIN TAPI PENGALAMAN HAT NI, KAT SINI JA HAMPA LEH DAPAT.

Jom share sikit apa yang ada kat sana

‘Mangrove Tour’ adalah aktiviti keluarga yang menyeronokkan di Pulau Langkawi ini. Aktiviti ini membawa kita menyusuri sungai air masin dengan menaiki bot sambil menikmati keindahan  hutan paya bakau dengan lebih dekat. Ia juga di kenali sebagai Sungai Kilim yang di iktirafkan oleh UNESCO kerana mempunyai batu-batu yang berusia berjuta-juta tahun dahulu . 
Dalam Tour ini ada aktiviti sampingan seperti melalui Gua Buaya dengan bot, singgah di Gua Kelawar, melawat pelantar memelihara ikan (sangkar ikan) dan memberi makan burung helang. Dan bergambar di ikon Kilim Geoforest Park di dalam perjalanan itu nanti .
 Ikon Kilim Geoforest Park :
Merupakan sebuah pulau yang terdapat papan tanda “Kilim Geoforest Park” di pintu masuk KILIM. Terdapat juga batu-batu yang berbentuk kura-kura diatas signboard tersebut.
  Gua Buaya           :           
Sebuah Gua yang berbentuk mulut buaya di pintu gerbang memasuki ke dalam gua tersebut. Gua tersebut merupakan sebuah penempatan masyarakat orang asli pada satu masa dahulu.
Gua Kelawar        :
Di dalam gua terdapat pelbagai bentuk hiasan asli gua batu kapur seperti stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk , saiz dan arca indah. Para peminat geopark boleh melihat pelbagai khazanah alam yang belum begitu terusik berusia jutaan tahun. Burung-burung kelawar kelihatan tergantung di lelangit gua 
   Sangkar Ikan           :
Merupakan sebuah tempat yang memelihara kehidupan laut seperti spisis ikan pari, ikan sumpit, belangkas, tiram dan lain-lain. Penerangan akan di berikan oleh sang empunya sangkar mengenai kelebihan serta kehidupan sepsis-spesis yang terdapat di sangkar ikan tersebut. Ikan pari Hassan, hussain dan Fatimah juga boleh di sentuh dengan manja.
Memberi Helang Makan      :
Terdapat 2 spesis helang di Pulau Langkawi iaitu Helang Putih dan Coklat. Helang coklat merupakan ikon yang terdapat di Dataran helang. Helang bewarna coklat kebanyakkan terdapat di aktiviti mangrove. Kita akan dapat melihat bagaimana helang tersebut menyambar makanan yang di beri serta beberapa helang yang terbang di dalam kumpulan

Perjalanan : Menaiki bot pelancong
Maksima sebuah bot : 10 orang 
Masa : 1 - 5 jam ( bergantung pada anda sendiri - harga berbeza ikut jam )
Sharing : Booking sehari sebelum aktiviti

Harga

Harga Per Boat
Jam
Tempat Lawatan
RM200
1Hours
·        Gua Kelawar
·        Sangkar Ikan
·        Pemandangan Paya Bakar
·        Ikon Kilim Geoforest Park
·        Laut Andaman
·        Memberi helang makan
RM250
2Hours
·        Gua Kelawar
·        Sangkar Ikan
·        Pemandangan Paya Bakar
·        Ikon Kilim Geoforest Park
·        Laut Andaman
·        Memberi helang makan
·        Gua Buaya
RM300
3Hours
·        Gua Kelawar
·        Sangkar Ikan
·        Pemandangan Paya Bakar
·        Ikon Kilim Geoforest Park
·        Laut Andaman
·        Memberi helang makan
·        Gua Buaya
·        Pulau Dangli – aktiviti mandi manda
·        Tanjung Rhu
RM90 Per Pax Termasuk Lunch at Restaurant
5 Hours
·        Gua Kelawar
·        Sangkar Ikan
·        Pemandangan Paya Bakar
·        Ikon Kilim Geoforest Park
·        Laut Andaman
·        Memberi helang makan
·        Gua Buaya
·        Pulau Dangli – aktiviti mandi manda
·        Tanjung Rhu


UNTUK BOOKING
WHATSAPP 0175576820



thanxs ! love you ;)

0 doakan cik enon kurus:

C0Pyright 2010-2011.All Right Reserved by Zainun Jisni