Jom Kongsi Cerita ^^V
Tanggal 10 Zulhijjah 1433 H bersamaan 26 Oktober 2012 , maka genaplah tarikh dimana Hari Raya Aidil Adha disambut penuh kesyukuran oleh seluruh umat islam di serata pelusuk negara terutamanya MALAYSIA .
Sedang kita sedang riang gembira menyambut hari raya, jangan dilupakan penghayatan kita akan hakikat dn hikmah yang terkandung dalam peristiwa Aidil Adha ini .
Asal Usul Aidil Adha
Mungkin diantara kita masih ingat-ingat lupa tentang jalan cerita disebalik peristiwa agung ini .
"Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi , dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu , Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar .
Maka berbincnglah Nabi Ibrahim , Siti Hajar Dan Ismail . Siti Hajar berkata , "Mungkin mimpinya itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, "Ayahku , sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T , aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."
Setelah persetujuan dicapai , keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan , " Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini , nanti kitapun akan dibunuhnya."
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Stelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju , berkatalah anaknya, "Wahai ayahku , aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memncungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dn membukapenutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjat apabila melihat yang disembelihnya itubukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T., kedua-duanya pun berpeluk-peluk bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Pristiwa ini ada diterangkan dalam surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111"
Salam Aidil Adha Semua . Assalamualaikum .
1 doakan cik enon kurus:
selamat berkorban!
Post a Comment